background: url(URL DIVIDER ANDA); background-repeat: no-repeat; background-position: bottom center; margin:1.5em; padding-bottom:4.5em; }

Monday, 5 December 2016

WANITA DAN KERJAYA

Seorang wanita itu tidak boleh memiliki kerjaya sendiri?  #SKPM 2113

Penglibatan dan peranan wanita dalam membangunkan masyarakat dan negara adalah penting berasaskan kepada tugas dan tanggungjawab malah ia merupakan satu ibadah selagi dilakukan dengan konsep dan pembangunan bersepadu iaitu dari aspek fizikal dan mental. Islam tidak menghalang wanita untuk melakukan pekerjaan di luar rumah sekiranya ia merupakan keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Malah Islam menganggap pekerjaan yang dilakukan oleh wanita atau lelaki merupakan suatu ibadah selagi dilakukan dengan niat yang ikhalas dan tidak terkeluar dari landasan dan peraturan islam.


Sebagai contoh, wanita-wanita pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. turut sama membantu keluarga mereka seperti menggembala, bertani, berniaga dan sebagainya. Contohnya Asma´ binti Abu Bakar yang bekerja sebagai petani dan membantu suaminya mengangkut hasil buah tamar dari ladang ke pasar yang jauhnya kira-kira 1.4 km. Adalah menjadi kebiasaan bagi wanita untuk bekerja dan membantu keluarga. Penglibatan mereka tidak menimbulkan masalah kerana dalam budaya masyarakat Malaysia,tugas-tugas di luar rumah sudah menjadi perkara biasa dan sangat diharapkan bagi membantu menambahkan pendapatan keluarga yang nyata memerlukan sumber kewangan lebih.  Antara faktor yang menyebabkan wanita bekerja ialah pendidikan yang mereka miliki dan keiinginan untuk mahu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada secara total. Tidak dapat disangkal lagi wanita yang bekerja dapat mengimplementasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka dan dalam masa yang sama mereka mampu memperoleh pendapatan sendiri sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga. 


Perubahan sosial dan keperluan ekonomi yang tinggi juga merupakan antara faktor wanita keluar bekerja kerana tuntutan ini memerlukan mereka membantu suami untuk membentuk keluarga yang bahagia dan selesa serta meringankan beban suami. Seterusnya,wanita ingin bekerja adalah untuk mengisi masa terluang mereka dengan membuat perkara yang berfaedah, sebagai contoh, ada dikalangan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang sudah besar dan mempunyai kerjaya sendiri dan untuk mengelakkan rasa bosan tinggal bersendirian, ibu-ibu mencari pekerjaan untuk  mengisi masa terluang mereka. Antaranya ialah mengambil upah menjahit pakaian, mengasuh anak-anak kecil dan membuat kuih-muih.  


Walau apa sekalipun faktor yang menjuruskan wanita, isteri dan ibu keluar bekerja, tanggungjawab dan pembahagian masa antara keluarga dan kerjaya perlulah seiringan agar tidak mengabaikan mana-mana pihak. Wanita yang bekerja perlu memastikan keperluan rumahtangga dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu perlu dilaksanakan sebaik mungkin walaupun mereka terpaksa bekerja pada siang harinya dan ketika di pejabat mereka juga perlu memberikan komitmen yang penuh untuk melunaskan tugas yang diberikan kepada mereka.  

No comments:

Post a Comment